Thursday, 20 July 2017

Cara-cara Jump Start kereta

Bateri kereta 12V yang terdapat dalam but kereta pasti akan menjadi lemah kerana faktor usia, kerosakan alternator ataupun kecuaian manusia (seperti lupa memadam lampu). Oleh itu, adalah penting bagi setiap pemilik kereta mengetahui cara yang betul untuk membuat jumping start sekiranya kereta tidak dapat dihidupkan kerana masalah bateri.

Langkah 1
Periksa bateri kereta samada telah lemah ataupun mati. Sekiranya bateri anda masih menyalakan lampu pada kereta dan mampu menggerakkan enjin (walaupun dengan perlahan), ini menunjukkan bateri dalam keadaan lemah.

Sekiranya bateri anda langsung tidak dapat menggerakkan enjin, tidak dapat menyalakan lampu atau radio, ini menunjukkan bateri telah mati.

Langkah 2
Dapatkan bantuan rakan anda anda dengan meminjamkan keretanya untuk membuat jumping start. Pastikan keretanya mempunyai CC yang sama atau lebih besar dari kereta anda.

Contoh: Sekiranya kereta anda adalah Myvi 1.3 CC, dapatkan kereta Myvi 1.3 CC juga ataupun yang kereta yang lebih besar seperti Waja 1.6 CC.

Bawa kereta rakan anda berhampiran dengan kereta anda.

Langkah 3
Dapatkan wayar jumper. Panjang wayar biasanya dalam 10 kaki dan mempunyai warna merah dan hitam dan setiap hujung wayar mempunyai klip buaya. Wayar merah adalah untuk positif bateri manakala hitam adalah untuk negatif bateri.

Langkah 4
  1. Kepitkan klip buaya wayar merah ke terminal positif bateri kereta anda (bateri lemah/mati). Pastikan terminal bateri tersebut bersih.
  2. Kepit klip buaya wayar merah yang satu lagi ke terminal positif bateri kereta rakan anda (bateri yang berkeadaan baik)
  3. Kepit klip buaya wayar hitam ke terminal negatif bateri kereta rakan anda  (bateri yang berkeadaan baik)
  4. Kepit klip buaya wayar hitam yang satu lagi ke mana2 bahagian besi pada enjin kereta anda. Sedikit percikan bunga api terhasil apabila anda menyambungkan wayar ini ke bahagian besi enjin. Anda tidak digalakkan menyambungkan wayar hitam ini ke terminal negative bateri kereta anda (bateri lemah/mati) kerana perbuatan ini akan menghasilkan lebih gas hidrogen dalam bateri tersebut dan meningkatkan risiko berlaku letupan.


Langkah 5
Hidupkan kenderaan rakan anda. 

Langkah 6
Sekiranya bateri kereta anda telah mati (dead battery), anda perlu membiarkan kenderaan anda  hidup selama 15 - 20 minit. 

Cuba hidupkan kenderaan anda. Sekiranya sukar dihidupkan, tekan sedikit pedal minyak kereta rakan anda supaya enjin bergerak lebih laju dan kemudian hidupkan kenderaan anda sekali lagi.

Sekiranya tidak dapat dihidupkan juga , kemungkinan bateri kereta anda tidak boleh digunakan lagi atau terdapat masalah lain. Dapatkan mekanik untuk memeriksa kenderaan anda. 

Langkah 7
Apabila kenderaan anda telah dihidup, wayar jumper ditanggalkan mengikut urutan berikut:
  1. Tanggalkan wayar hitam yang terpasang pada bahagian besi enjin kereta anda.
  2. Tanggalkan wayar hitam yang terpasang pada terminal negatif bateri kereta rakan anda (bateri yang berkeadaan baik)
  3. Tanggalkan wayar merah yang terpasang pada terminal positif bateri kereta rakan anda (bateri yang berkeadaan baik)
  4. Tanggalkan wayar hitam yang terpasang pada terminal negatif kereta anda (bateri lemah/mati)

No comments:

Post a Comment