Thursday 27 July 2017

Thursday 20 July 2017

GOODDAY CAR BATTERY

Image result for fungsi bateri dalam kereta

  1. . TM001 – PEDAGOGY SIRI 2/2012 MD HAFIZI MOHAMAD IKM JASIN, MELAKA
  2. 2. 123456
  3. 3. Objektif Pembelajaran1. Nyatakan jenis-jenis bateri kenderaan.2. Terangkan fungsi bateri kenderaan.3. Terangkan struktur asas bateri.
  4. 4. satu komponen yang menghasilkan tenagaelektrik hasil daripada tindakbalas kimayang berlaku di dalam bateri di antaracampuran asid sulfurik cair dan air sulingdengan plumbum.
  5. 5. Fungsi Asas Bateri1. Membekalkan kuasa elektrik kepada motor penghidup dan sistem penyalaan.2. Membekalkan kuasa tambahan yang diperlukan apabila permintaan bebanan elektrik kenderaan melebihi daripada sistem pengecas hasilkan.3. Bertindak sebagai penstabil voltan di dalam sistem elektrik kenderaan.
  6. 6. Jenis-jenis Bateri BATERI SEL KERINGBATERI STANDARD – ASID PLUMBUM BATERI ‘MAINTENANCE FREE’
  7. 7. Bateri Sel KeringMENGHASILKAN 300 v SESUAI UNTUKKEGUNAANKENDERAAN JENISELEKTRIK DANHIDBRID
  8. 8. Bateri Standard – Asid Plumbum bateri yang menghasilkan tenaga elektrik akibat daripada tindak balas kimia memerlukan penjagaan yang rapi.
  9. 9. Bateri ‘Maintenance Free’  bateri yang memerlukan penyelenggaraan yang kurang  mempunyai ketahan yang lebih
  10. 10. STRUKTUR BATERIAsas struktur bateri terdiri daripada Terminal Palam berliang ElektrolitPerangkai sel Kotak bateri Elemen Pengasing
  11. 11.  diperbuat daripada getah keras, synthetic resin, polypropylene atau plastik. teguh dan boleh menahan asid serta tahan kejutan dan gegaran mempunyai bahagian sel untuk menempatkan sel dan mewakili jumlah sel di dalam sesebuah bateri
  12. 12.  gabungan satu kumpulan plat positif dengan plat negatif plat positif berwarna coklat dan dikenali sebagai ‘lead peroxide’. plat negatif berwarna kelabu dan dikenali sebagai ‘spongy lead’ elemen mengandungi antara 9 hingga 13 plat di mana plat negatif lebih satu jumlahnya dari plat positif. setiap sel akan menghasilkan 2.1 hingga 2.5 volt
  13. 13.  memisahkan plat positif dan plat negatif supaya tidak bersentuh yang mengakibatkan litar pintas. Penyekat ini berliang supaya elektrolit boleh bergerak dengan bebas dari satu plat ke satu plat yang lain. dibuat dari kepingan getah, kaca gentian, kayu atau kertas istimewa.
  14. 14.  Sel-sel bateri disambungkan secara siri supaya voltannya bertambah dengan menggunakan perangkai sel atau penyambung sel. diperbuat daripada bar plumbum yang disambungkan pada terminal. Bagi sesetengah bateri perangkai sel terletak di atas atau di dalam penutup bateri.
  15. 15.  campuran di antara asid sulfurik (40%) dengan air suling (60%) dapat menghasilkan tindakbalas yang tinggi dan kekuatan cas penuh pada bacaan 1.260-1.280 spesifik graviti. hanya air suling sahaja yang boleh digunakan sekiranya bateri kekurangan elektrolit.
  16. 16.  sepasang terminal bateri terdiri daripada terminal positif dan terminal negatif. mempunyai diameter dan pengenalan yang berbeza untuk mengelakkan pemasangan terminal yang salah.
  17. 17.  Palam berliang boleh dibuka untuk menambah atau mengisi elektrolit ke dalam sel apabila diperlukan. Palam berliang mempunyai lubang-lubang kecil untuk membebaskan gas keluar dengan bebas semasa tindakbalas kimia.
  18. 18. Berapakah nisbah campuran kandunganelektrolit sesebuah bateri yangmempunyai cas penuh? A. 20% air dan 80% asid sulfurik B. 40% air dan 60% asid sulfurik C. 50 % air dan 50% asid sulfurik D. 60% air dan 40% asid sulfurik
Cara-cara Jump Start kereta

Bateri kereta 12V yang terdapat dalam but kereta pasti akan menjadi lemah kerana faktor usia, kerosakan alternator ataupun kecuaian manusia (seperti lupa memadam lampu). Oleh itu, adalah penting bagi setiap pemilik kereta mengetahui cara yang betul untuk membuat jumping start sekiranya kereta tidak dapat dihidupkan kerana masalah bateri.

Langkah 1
Periksa bateri kereta samada telah lemah ataupun mati. Sekiranya bateri anda masih menyalakan lampu pada kereta dan mampu menggerakkan enjin (walaupun dengan perlahan), ini menunjukkan bateri dalam keadaan lemah.

Sekiranya bateri anda langsung tidak dapat menggerakkan enjin, tidak dapat menyalakan lampu atau radio, ini menunjukkan bateri telah mati.

Langkah 2
Dapatkan bantuan rakan anda anda dengan meminjamkan keretanya untuk membuat jumping start. Pastikan keretanya mempunyai CC yang sama atau lebih besar dari kereta anda.

Contoh: Sekiranya kereta anda adalah Myvi 1.3 CC, dapatkan kereta Myvi 1.3 CC juga ataupun yang kereta yang lebih besar seperti Waja 1.6 CC.

Bawa kereta rakan anda berhampiran dengan kereta anda.

Langkah 3
Dapatkan wayar jumper. Panjang wayar biasanya dalam 10 kaki dan mempunyai warna merah dan hitam dan setiap hujung wayar mempunyai klip buaya. Wayar merah adalah untuk positif bateri manakala hitam adalah untuk negatif bateri.

Langkah 4
  1. Kepitkan klip buaya wayar merah ke terminal positif bateri kereta anda (bateri lemah/mati). Pastikan terminal bateri tersebut bersih.
  2. Kepit klip buaya wayar merah yang satu lagi ke terminal positif bateri kereta rakan anda (bateri yang berkeadaan baik)
  3. Kepit klip buaya wayar hitam ke terminal negatif bateri kereta rakan anda  (bateri yang berkeadaan baik)
  4. Kepit klip buaya wayar hitam yang satu lagi ke mana2 bahagian besi pada enjin kereta anda. Sedikit percikan bunga api terhasil apabila anda menyambungkan wayar ini ke bahagian besi enjin. Anda tidak digalakkan menyambungkan wayar hitam ini ke terminal negative bateri kereta anda (bateri lemah/mati) kerana perbuatan ini akan menghasilkan lebih gas hidrogen dalam bateri tersebut dan meningkatkan risiko berlaku letupan.


Langkah 5
Hidupkan kenderaan rakan anda. 

Langkah 6
Sekiranya bateri kereta anda telah mati (dead battery), anda perlu membiarkan kenderaan anda  hidup selama 15 - 20 minit. 

Cuba hidupkan kenderaan anda. Sekiranya sukar dihidupkan, tekan sedikit pedal minyak kereta rakan anda supaya enjin bergerak lebih laju dan kemudian hidupkan kenderaan anda sekali lagi.

Sekiranya tidak dapat dihidupkan juga , kemungkinan bateri kereta anda tidak boleh digunakan lagi atau terdapat masalah lain. Dapatkan mekanik untuk memeriksa kenderaan anda. 

Langkah 7
Apabila kenderaan anda telah dihidup, wayar jumper ditanggalkan mengikut urutan berikut:
  1. Tanggalkan wayar hitam yang terpasang pada bahagian besi enjin kereta anda.
  2. Tanggalkan wayar hitam yang terpasang pada terminal negatif bateri kereta rakan anda (bateri yang berkeadaan baik)
  3. Tanggalkan wayar merah yang terpasang pada terminal positif bateri kereta rakan anda (bateri yang berkeadaan baik)
  4. Tanggalkan wayar hitam yang terpasang pada terminal negatif kereta anda (bateri lemah/mati)